Ceramah Tentang Kesesatan Syiah

Next
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENAFIAN : Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen pengunjung blog ini berunsur hasutan, ugutan dan segala jenis komen yang melanggar undang-undang negara. Pengunjung dinasihatkan memberi komen secara beradab
Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Sejak bila pulak Malaysia ada mazhab Syiah Imam 12?



Ini persoalan yang tidak perlu dijawab. Sememangnya Syiah Imamiyah Ithna 'Asyriyyah tidak pernah bertapak di Malaysia sebagai sebuah 'mazhab' kecuali selepas Revolusi Syiah oleh Khomeini tahun 1979. Sejak bila pulak Tanah Melayu ini ada 'mazhab' Syiah Imam 12? Kalau ada apa bukti-buktinya? Apa kitab Syiah Imam 12 yang pernah diterjemah di Tanah Melayu? Di mana hauzah Syiah pertama yang dibina di Tanah Melayu? Di mana komuniti Syiah Imam 12 yang pertama? Negeri mana? Daerah mana? Kampung mana? Siapa tokoh ulama Melayu Syiah Imam 12 di Tanah Melayu zaman dulu? Takkan sejak dahulu Syiah Imam 12 bertapak di Tanah Melayu, baru hari ini kita dengar ada Hujjatul Islam Kamil Zuhairi.(Agak-agaknya sama tak ilmu beliau dengan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, wafat 505H?)

Adapun pengaruh umat Melayu terhadap kecintaan kepada Alul Bayt sememangnya tidak pernah luput kerana Islam yang datang ke Tanah Melayu ini adalah Islam Ahli Sunnah yang tidak pernah meminggirkan kecintaan kepada Alul Bayt. Ahli Sunnah bukan nawasib sehingga mereka membenci Alul Bayt, tetapi Ahli Sunnah juga bukan rawafidh seperti Syiah Imam 12 yang mengutuk dan menolak para sahabat.

Kalaupun ada teori yang mengatakan Islam sampai ke Tanah Melayu melalui Arab Yaman, Arab Yaman itu bermazhab Syiah Zaidiyyah bukan Syiah Imam 12. Bahkan orang yang mengkaji Syiah memang sedia maklum, Syiah Zaidiyyah tidak seperti Syiah Imam 12 yang menolak khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak seperti Syiah Imam 12 yang menerima taqiyyah, kemaksuman para imam, keghaiban imam, nikah mut'ah dan lain-lain. Apa yang pasti, Syiah Zaidiyyah pun tidak pernah diketahui penganutnya di Tanah Melayu. Inikan pula Syiah Imam 12! Namun, penulis tidak nafikan unsur-unsur Syiah memang ada dalam sesetengah amalan tasawwuf dan tariqat di Malaysia yang masuk melalui pelbagai faktor. Tetapi Syiah Imam 12 sebagai sebuah 'mazhab' di Tanah Melayu? Memang ini tidak pernah diketahui oleh ahli sejarah Melayu, dan ia berlangsung dari semasa ke semasa hinggalah ke hari ini. Itu sebab, Syiah Imam 12 adalah sesuatu yang sangat asing kepada umat Islam di Malaysia! Analoginya mudah, mengapa umat Islam di Malaysia tidak hairan dengan Mazhab Hanafi anutan kebanyakan India muslim? Jawabnya mudah, kerana mereka memang telah lama wujud dan bertapak di negara ini walaupun hanya minoriti.
Oleh kerana itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) telah menarik balik fatwa berkenaan Syiah pada tahun 1984 yang mengatakan bahawa "hanya Syiah Zaidiyyah dan Ja'fariyyah sahaja boleh diamalkan di Malaysia". Fatwa ini dimansuhkan dengan fatwa Syiah pada tahun 1996 kerana didapati Syiah Imam 12 telah mengambil kesempatan di atas fatwa tersebut untuk menyebarkan fahaman mereka yang pada asal usulnya memang tidak wujud di Malaysia. Sedia maklum, Syiah Zaidiyyah memang tiada penganutnya, manakala Syiah Imam 12 pula adalah jelas berdasarkan fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) sejak dahulu hingga kini mereka adalah kumpulan bid'ah dan terkeluar daripada Ahli Sunnah. JFK akhirnya memutuskan bahawa hanya faham ASWJ yang dibenarkan untuk diamal di negara ini dari segi aqidah, syariah dan akhlaq.

Hakikatnya, kebangkitan semula Syiah Imam 12 hanya berlaku selepas Revolusi Iran 1979 yang meletakkan dalam Perkara 12 Perlembagaan baru Iran iaitu mazhab rasmi negara adalah mazhab Syiah Imam 12 dan tidak boleh ditukarganti. Di sini bermula pengaruh Syiah Imam 12 ke seluruh dunia Islam dan ia semestinya menyelinap masuk hingga ke negara-negara Sunni. Di Malaysia, hal ini terlihat dengan jelas melalui kajian yang menunjukkan bahawa orang pertama yang menyebarkan Syiah Imam 12 mula-mula dikesan pada 1980 iaitu fulan bin fulan di tempat fulan, termasuk juga bukti-bukti di mana 'sumber rujukan' fulan bin fulan ini iaitu di fulan tempat. Lebih penting dari itu, rujukan-rujukan 'penganut Syiah baru' ini (bukan Syiah keturunan) adalah buku-buku Khomeini seperti Kasyful Asrar, al-Hukumah al-Islamiyyah dan lain-lain. Ini bukti menunjukkan Syiah yang ada di Malaysia ini adalah Syiah yang direkrut (bukan Syiah keturunan) hasil daripada 'tangan-tangan ghaib' yang bekerja 24 jam di negara ini. Jika tidak, masakan Syiah hanya dikenali di Malaysia bermula pada tahun 80-an, sedangkan Tanah Melayu telah menerima Islam seawal abad 7,8 @ 9. Sekurang-kurangnya pun Batu Bersurat di Terengganu pada awal kurun 14. Mana perginya Syiah berkurun-kurun dan berabad-abad lamanya sehingga hanya pada penghujung abad ke 20 baru timbul???   

Ringkas cerita, apabila penyebaran Syiah Imam 12 semakin meruncing, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan tindakan ISA ke atas 300 pengikut Syiah pada tahun 1997. Di situ bermulalah usaha agensi dan ulama Islam Sunni untuk berdialog bagi mengembalikan mereka yang telah terseleweng supaya balik ke pangkal jalan iaitu kembali kepada ASWJ. Hairannya, ketika itu tiada pula 'orang yang melenting' mengatakan hak minoriti dicabul, penghapusan etnik Syiah atau pencabulan hak asasi manusia. Mungkinkah kerana pada ketika itu, keahliannya belum ramai? Orang Syiah boleh jawab.

Seperkara lagi, penganut Syiah Imam 12 Malaysia dikatakan mahu berdialog dan bermuzakarah dengan pihak berkuasa. Penulis katakan, Syiah bukanlah ajaran baru untuk didialogkan. Ulama Sunni sudah habis membicarakan di mana letaknya Syiah menurut pertimbangan al-Qur'an dan al-Sunnah. Syiah Malaysia tak perlu cipta versi baru untuk mengatakan kami berbeza dengan Syiah Imam 12 di tempat lain. Mengapa? Adakah anda sudah meninggalkan kitab-kitab rujukan utama Syiah Imam 12 spt al-Kafi, Man la yahdhuruh al-faqih, Tahzib al-Ahkam dan al-Istibsar? Jika ye, kemukakan apa rujukan anda yang baru itu?Adapun bagi ASWJ kedudukan Syiah Imam 12 sudah teramat jelas dan tidak perlu dibahaskan lagi. Ini terbukti melalui karangan-karangan para ulama Ahli Sunnah spt...  

Maqalat al-Islamiyyin wa al-Ikhtilaf al-Musollin, Abu al-Hasan al-Asy’ari (w.324H)
Al-Tanbih wa al-Radd ‘ala Ahl al-Ahwa’ wa al-Bida’, Abu al-Hasan Muhammad bin Ahmad al-Malti (w.377H)
Al-Farq bayna al-Firaq, Abdul Qahir al-Baghdadi (w.429H)
Al-Imamah wa al-Radd ‘ala al-Rafidhah, Abu Nu’aim al-Asbahani (w.430H)
Al-Tabsir fi al-Din wa Tamyiz Firqat al-Najiyah ‘an al-Firaq al-Halikin, Tohir bin Muhammad al-Isfirayini (w.471H)
Al-Ghunyah fi Usul al-Din, Abu Sa’id al-Naisaburi (w.478H)
Fadha’ih al-Batiniyyah, Abu Hamid al-Ghazali (w.505H)
Al-Iqtisad fi al-I’tiqad, Abu Hamid al-Ghazali (w.505H)
Nihayat al-Iqdam fi ‘ilm al-Kalam, al-Syahrastani (w.548H)
Al-Milal wa al-Nihal, al-Syahrastani (w.548H)
Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal, Ibn Hazm al-Zahiri (w.548H)
I’tiqadat Firaq al-Muslimin wa al-Musyrikin, Muhammad bin Umar al-Razi (w.606H)
Ghayat al-Maram fi ‘Ilm al-Kalam, Ali bin Abi Ali al-Amidi (w.631H)
Minhaj al-Sunnah al-Nawabiyyah, Ibn Taimiyyah(w.728H)
Al-Muntaqa min Minhaj al-I’tidal fi Naqdh Kalam Ahl al-Rafdh wa al-I’tizal, Abu Abdillah al-Zahabi(w.748H)
Kitab al-Mawaqif, ‘Adhud al-Din al-Iji (w.756H)
Syarh al-Maqasid fi ‘Ilm al-Kalam, Sa’d al-Din al-Taftazani (w.791H)
Izalat al-Khafa’, Syah Waliyyullah al-Dihlawi (w.1114H)
Al-Tuhfat al-Ithna ‘Asyariyyah, Syah Abdul Aziz al-Dihlawi (w.1159H)
Mukhtasar Izhar al-Haq, Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi (w1306H)

Maknanya, perbahasan mengenai Syiah ini sudah SELESAI di kalangan ulama Sunni. Fatwa Kebangsaan juga sudah muktamadkan perkara itu. Kerana itu sesebuah negara Sunni meletakkan undang-undang supaya Syiah jangan sekali-kali melebarkan sayapnya ke negara Sunni. Itu sahaja. Patuhilah undang-undang tersebut. Malaysia adalah sebuah negara Sunni yang berdaulat, punya perlembagaan sendiri dan pemerintahan sendiri. 

Dalam hal ini, peruntukan Fasal (2), (3) dan (5) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kedudukan dan fungsi Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja sebagai ketua agama Islam bagi negeri masing-masing yang memiliki kesemua hak, hak keistimewaan dan kuasa prerogatif.

Oleh yang demikian, jika YDPA dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja telah menjalankan kuasa prerogatif untuk meluluskan undang-undang tertentu seperti Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri (termasuk undang-undang yang mengharamkan Syiah), maka undang-undang tersebut hendaklah dipatuhi dan dihormati oleh semua rakyat Malaysia. Mana-mana tindakan ketidakpatuhan akan dikira sebagai ketidaksetiaan dan ketidakhormatan kepada YDPA dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja. Ini adalah selari dengan prinsip Rukun Negara iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” dan “Keluhuran Perlembagaan”.

Walhasil, di Malaysia, Syiah Imam 12 memang tak dikenali sebagai satu mazhab tetapi lebih dikenali sebagai ajaran menyeleweng berdasarkan tradisi, ilmu dan undang-undang.

Wallahu a'lam.

Haji sebenar Syiah di mana??


Dikatakan ini ka'bah Syiah di Karbala
Berkenaan kefardhuan ibadah haji di sisi Syiah, golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah tidak menafikan ia juga adalah ibadah yang diwajibkan menurut ajaran Syiah Imamiyyah Ithna Ashariyyah[1]. 

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna ajaran Syiah benar-benar terlepas daripada sebarang keraguan berkenaan ibadah haji. Jika dirujuk kepada kitab-kitab Syiah dan pandangan para ulama mereka, terdapat beberapa perkara yang boleh menimbulkan keraguan dalam pegangan Syiah berkaitan ibadah haji. Antaranya adalah berkenaan status menziarahi makam Sayyidina Husayn r.a yang seolah-olah lebih besar pahalanya berbanding menunaikan ibadah haji dan kedudukan tanah Karbala yang seolah-olah lebih suci daripada tanah Makkah. Antara riwayat-riwayat yang dapat dinyatakan di sini adalah seperti berikut:

Diriwayatkan daripada al-Sadiq, Ja'far bin Muhammad bahawa beliau berkata,"Ziarah Husain bin Ali adalah wajib atas setiap yang mengakui keimaman Husain daripada Allah 'Azza wa Jalla". Lalu beliau berkata lagi, "Menziarahi Husain menyamai seratus haji yang mabrur dan seratus umrah yang diterima"[2].

Selain itu, tanah Karbala yang menjadi tempat persemadian jasad Sayyidina Husain juga dianggap sebagai tanah yang suci sehingga ia dijadikan tempat sujud oleh penganut Syiah. Keutamaan yang seperti ini tidak pula wujud pada tanah-tanah yang lain termasuk tanah Makkah yang merupakan tanah haram serta tanah Madinah yang menjadi tempat pemakaman Rasulullah S.AW. Antaranya ialah riwayat-riwayat seperti berikut:

Syiah sujud di atas batu Karbala
“Allah akan menjadikan Karbala sebagai pusat dan tempat berkumpul para malaikat dan orang-orang mukmin. Ia akan memiliki kemulian, akan tersebar padanya berbagai keberkatan. Seandainya seseorang berdoa di sana kepada Rabb-nya, nescaya Allah akan memberikan dengan satu doa sahaja seribu kali lipat kerajaan dunia.Berbagai tempat di bumi saling berbangga, Ka’bah yang di tanah haram berbangga di atas Karbala. Maka Allah wahyukan kepadanya: Wahai Ka’bah tanah haram diamlah engkau! Jangan engkau berbangga diatas Karbala! Sesungguhnya dia bumi yang penuh berkat”[3].

Dalam riwayat Syiah yang lain disebutkan, “Allah telah menciptakan padang Karbala sebelum menciptakan bumi Ka’bah (kota suci Makkah) selama dua puluh empat ribu tahun. Ia (Karbala) telah suci dan berkat sebelum penciptan para makhluk. Ia senantiasa demikian sampai Allah jadikan ia sebagai tempat yang paling afdhal (mulia) di dalam surga”[4].

Riwayat-riwayat seperti ini sudah tentu akan menimbulkan kesangsian golongan Ahl al-Sunah wa al-Jama‘ah terhadap Syiah kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa Syiah mempunyai tempat yang lebih utama untuk diziarahi selain daripada Bayt Allah di Makkah dan makam Nabi SAW di Madinah. Pandangan melampau Syiah terhadap ziarah kubur Sayyidina Husain dan kesucian tanah Karbala berbanding Makkah ini juga, berkemungkinan menyebabkan timbul persepsi di kalangan sesetengah golongan Sunni bahawa penganut Syiah tidak mewajibkan ibadah haji di Makkah.

Ahli Sunnah wal-Jamaah juga agak sukar untuk melupakan musim haji pada tahun 2009 apabila terdapat hasrat puak Syiah untuk menukarkan ibadah haji di Makkah ke tempat-tempat suci mereka termasuk Karbala. Sila baca laporan di bawah:

Sumber-sumber berita resmi Irak menyatakan bahwa ribuan warga Syi’ah dari Iran dan negara-negara Teluk melaksanakan wuquf di Karbala, sebagai pengganti wuquf di Arafah, Selasa (23/11/2009).

Najah Al-Balaghi, Kepala Administrasi Bandara Nejef, menyampaikan,"Ribuan pengikut Syi’ah datang dari negara-negara Teluk dan Iran untuk berpartisipasi dalam kunjungan Arafah di makam Imam Husain di Karbala, Selatan Baghdad." Ia menambahkan, " Dalam minggu ini jumlah mereka mencapai 6.235 dari Teluk dan sekitar 7.000 orang dari Iran."

Al-Balaghi juga menegaskan bahwa jumlah pengunjung ini akan bertambah, menunggu pesawat yang bisa membawa mereka ke Nejef. Dalam sehari rata-rata ada penerbangan berasal dari Dubai, Bahrain, Lebanon dan Suriah setelah sebelumnya hanya ada dua kali penerbangan dalam seminggu. Penerbangan ke Teheran dan Masyhad (lokasi syahidnya Husain) dari satu sampai empat kali penerbangan dalam seminggu.

Tokoh Referensi Syi’ah, Huda Ahmed, Wakil dari Mursyid Ali Khamenei, dari kota Masyhad menyerukan untuk menjadikan Masyhad itu sebagai kiblat kaum muslimin, menggantikan kota Mekah. Dia juga mengajak untuk meninggalkan rukun Islam kelima yaitu haji ke Baitullah.

Perwakilan Khamenei ini menyatakan bahwa "Makam Imam Ridha berada di Masyhad, maka ia pun menjadi tempat yang tepat bagi seluruh umat Islam. Sementara tempat-tempat lain, telah menjadi tawanan orang-orang yang sombong."Ia menambahkan, "Tanah Hijaz telah menjadi tawanan kelompok Wahabi," .

Huda menunjukkan bahwa Masyhad ini setiap tahun dikunjungi oleh 800 ribu pengunjung dari luar negeri dan dan 20 juta pengunjung dari dalam negeri Iran sepanjang tahun.. Ia mengklaim bahwa Masyhad adalah ibukota spiritual dan keagamaan, bahkan sebelum adanya makam Imam Ridha, imam Syi’ah yang kedelapan, di dalamnya. (Sumber)




[1] Lihat al-Musawi, Sayid Muhammad Rida (1993), Mukhtasar al-Ahkam (terj.), Bangi: Markaz Ahlul Bait UKM, h. 208.
[2] Al-Mufid, Muhammad bin Muhammad (1413h), al-Irshad fi Ma'rifah Hujaj Allah 'ala al-'Ibad, Qom: Mu'tamar al-Shaykh al-Mufid, h. 133-134; al-‘Amili, Muhammad bin Hasan al-Hurr (1409h),Tafsil Wasa’il al-Shi‘ah ila Tahsil Masa’il al-Shari‘ah, j. 14. Qom: Mu’assasah Al al-Bayt, h. 445; al-Irbili, ‘Ali bin ‘Isa (1423h), Kashf al-Ghummah fi Ma‘rifah al-A’immah, j.2. Tabriz: Bani Hashimi, h. 41.   
[3] Al-Majlisi, Muhammad Baqir (1403h), Bihar al-Anwar al-Jami‘ah li Durar al-Akhbar al-Athar, j. 53. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, h. 12; al-Mufid, Muhammad bin Muhammad (1413h),Kitab al-Mazar-Manasik al-Mazar, Qom: Mu‘tamar Alfiyah al-Shaykh al-Mufid, h. 23; al-Tusi, Muhammad bin al-Hasan (1407h), Tahzib al-Ahkam, j.6. Tehran: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, h. 72. 
[4] Ibid., j.54, h. 202.

Pengguna2 Android Phone boleh download application yang kami bina yang dapat memudahkan anda melayari blog ini secara terus dengan 1 butang. untuk download, sila klik DOWNLOAD atau klik alamat dibawah.

http://www.appsgeyser.com/513691

Copyright @ 2013 Anti Syiah.

Designed by |