Ceramah Tentang Kesesatan Syiah

Next
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENAFIAN : Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen pengunjung blog ini berunsur hasutan, ugutan dan segala jenis komen yang melanggar undang-undang negara. Pengunjung dinasihatkan memberi komen secara beradab

Tuesday, July 30, 2013

Jika anda bercakap dengan orang Syiah, kemukakan 10 soalan ini

Kalau anda bercakap dengan orang Syiah atau ingin mengajak orang Syiah bertaubat dari kesesatan, atau diajak berdebat oleh orang Syiah atau anda mula dipengaruhi dai-dai Syiah cuba kemukakan 10 soalan asas di bawah ini. Sehingga kita boleh membuktikan, bahawa ajaran mereka sesat dan tidak boleh diikuti.

Soalan 1: "Nabi dan Ahlul Bait"

Tanyakan kepada orang Syiah: "Adakah anda mencintai dan memuliakan Ahlul Bait Nabi?" Dia pasti akan menjawab: "Ya! Bahkan mencintai Ahlul Bait merupakan pokok-pokok akidah kami. "Kemudian tanyakan lagi:" Benarkah anda sungguh-sungguh mencintai Ahlul Bait Nabi? "Dia tentu akan menjawab:" Ya, demi Allah! "

Lalu katakan kepada dia: "Ahlul Bait Nabi adalah ahli keluarga Nabi. Kalau orang Syiah mengaku sangat mencintai Ahlul Bait Nabi, seharusnya mereka lebih mencintai sosok Nabi sendiri? Bukankah sosok Nabi Muhammad Shallallah 'Alaihi Wasallam lebih utama daripada Ahlul Bait-nya? Mengapa kaum Syiah sering membawa-bawa nama Ahlul Bait, tetapi kemudian melupakan Nabi? "

Faktanya, ajaran Syiah sangat didominasi oleh perkataan-perkataan yang katanya berpunca dari Fatimah, Ali, Hasan, Husein, dan anak keturunan mereka. Kalau Syiah benar-benar mencintai Ahlul Bait, seharusnya mereka lebih mendahulukan Sunnah Nabi, bukan sunnah dari Ahlul Bait beliau. Syiah memuliakan Ahlul Bait kerana mereka memiliki hubungan dekat dengan Nabi. Kenyataan ini kalau digambarkan seperti: "Lebih memilih kulit rambutan daripada isi buahnya."

Soalan 2: "Ahlul Bait dan Isteri Nabi"

Tanyakan kepada orang Syiah: "Siapa yang termasuk golongan Ahlul Bait Nabi?" Nanti dia akan menjawab: "Ahlul Bait Nabi adalah Fatimah, Ali, Hasan, Husein, dan anak-cucu mereka." Lalu tanyakan lagi: "Bagaimana dengan isteri- isteri Nabi seperti Khadijah, Saudah, Aisyah, Hafsah, Zainab, Ummu Salamah, dan lain-lain? Mereka termasuk Ahlul Bait atau bukan? "Dia akan mengemukakan dalil, bahawa Ahlul Bait Nabi hanyalah Fatimah, Ali, Hasan, Husein, dan anak-cucu mereka.

Kemudian tanyakan kepada orang itu: "Bagaimana boleh anda memasukkan anak saudara Nabi (Ali) sebagai sebahagian dari Ahlul Bait, sementara isteri-isteri Nabi tidak dianggap Ahlul Bait? Bagaimana boleh cucu-cucu Ali yang tidak pernah melihat Rasulullah dimasukkan Ahlul Bait, sementara isteri-isteri yang biasa tidur bersama Nabi tidak dianggap Ahlul Bait? Bagaimana boleh Fatimah lahir ke dunia, jika tidak melalui isteri Nabi, iaitu Khadijah Radhiyallahu 'Anha? Bagaimana boleh Hasan dan Husein lahir ke dunia, kalau tidak melalui isteri Ali, iaitu Fathimah? Tanpa kehadiran para isteri solehah ini, tidak akan ada yang disebut Ahlul Bait Nabi. "

Faktanya, dalam Surah Al Ahzab ayat 33 disebutkan: "Innama yuridullahu li yudzhiba 'ankumul rijsa ahlal baiti wa yuthah-hirakum that-hira." (Bahawa Allah menginginkan menghilangkan dosa dari kalian, para ahlul bait, dan mensucikan kamu sesuci-sucinya). Dalam ayat ini isteri-isteri Nabi masuk kategori Ahlul Bait, menurut Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Bahkan selama hidupnya, mereka mendapat sebutan Ummul Mu'minin (ibunda orang-orang Mukmin) Radhiyallahu 'anhunna.

Soalan 3: "Islam dan Sahabat"

Tanyakan kepada orang Syiah: "Adakah anda beragama Islam?" Maka dia akan menjawab dengan penuh keyakinan: "Tentu sahaja, kami adalah Islam. Kami ini Muslim. "Lalu tanyakan lagi:" Bagaimana cara Islam sampai kepada anda, sehingga anda menjadi seorang Muslim? "Maka orang itu akan menerangkan tentang salasilah dakwah Islam. Bermula dari Rasulullah, lalu para sahabatnya, lalu dilanjutkan para Tabi'in dan Tabi'ut Tabi'in, lalu dilanjutkan para ulama Salafus Shalih, lalu disebarkan oleh para pendakwah ke seluruh dunia, hingga sampai kepada negara. "

Kemudian tanyakan kepada dia: "Jika anda mempercayai salasilah dakwah Islam itu, mengapa anda sangat membenci para sahabat, mengutuk mereka, atau menghina mereka secara keji? Bukankah anda mengaku Islam, sedangkan Islam diturunkan kepada kita melalui tangan para sahabat itu. Tidak mungkin kita menjadi Muslim, tanpa peranan sahabat. Jika demikian, mengapa orang Syiah suka mengutuk, melaknat, dan mencaci-maki para sahabat? "

Faktanya, kaum Syiah sangat mengelirukan. Mereka mencaci-maki para sahabat Radhiyallahu 'Anhum dengan sangat keji. Tetapi di sisi lain, mereka masih mengaku sebagai Muslim. Kalau memang benci sahabat, seharusnya mereka tidak lagi memakai label Muslim. Sebuah pepatah yang harus selalu diingat: "Tidak ada Islam, tanpa peranan para sahabat!"


Soalan 4: "Mengenai Imam Syiah"

Tanyakan kepada orang Syiah: "Apakah anda meyakini adanya imam dalam agama?" Dia pasti akan menjawab: "Ya! Bahkan imamah menjadi salah satu rukun keimanan kami. "Lalu tanyakan lagi:" Siapa imam-imam yang anda yakini sebagai teladan dalam agama? "Maka mereka akan menyebutkan nama-nama 12 imam Syiah. Ada juga yang menyebut 7 nama imam (versi Ja'fariyyah).

Lalu tanyakan kepada orang Syiah itu: "Mengapa dari ke-12 imam Syiah itu tidak disenaraikan nama Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie, dan Imam Hanbali? Mengapa nama empat imam itu tidak masuk dalam deretan 12 imam Syiah? Apakah orang Syiah meragukan keilmuan empat imam mazhab tersebut? Apakah ilmu dan ketakwaan empat imam mazhab tidak sepadan dengan 12 imam Syiah? "

Faktanya, kaum Syiah tidak mengiktiraf empat imam mazhab sebagai sebahagian daripada imam-imam mereka. Kaum Syiah mempunyai salasilah keimaman sendiri. Terkenal dengan sebutan "Imam 12" atau Imamah Itsna Asyari. Hal ini merupakan bukti besar, bahawa Syiah bukan Ahlus Sunnah. Semua Ahlus Sunnah di muka bumi ini sudah sepakat tentang keimaman empat Imam tersebut. Para ahli ilmu sudah mafhum, jika disebut Al Imam Al Arba'ah, maka yang dimaksudkan adalah empat imam mazhab rahimahumullah.


Soalan 5: "Allah dan Imam Syiah"

Tanyakan kepada orang Syiah: "Siapa yang lebih anda taati, Allah Taala atau imam Syiah?" Tentu dia akan akan menjawab: "Jelas kami lebih taat kepada Allah." Lalu tanyakan lagi: "Mengapa anda lebih taat kepada Allah?" Mungkin dia akan menjawab: "Allah adalah Tuhan kita, juga Tuhan imam-imam kita. Maka sudah sewajarnya kita mengabdi kepada Allah yang telah menciptakan imam-imam itu. "

Kemudian tanyakan kepada orang itu: "Mengapa dalam kehidupan orang Syiah, dalam kitab-kitab Syiah, dalam pengajian-pengajian Syiah mengapa anda lebih sering mengutip pendapat imam-imam daripada pendapat Allah (dari Al-Quran)? Mengapa orang Syiah jarang mengutip dalil-dalil dari Kitab Allah? Mengapa orang Syiah lebih mengutamakan perkataan imam melebihi Al-Quran? "

Faktanya, sikap ideologi kaum Syiah lebih dekat kepada kemusyrikan, kerana mereka lebih mengutamakan pendapat manusia (imam-imam Syiah) daripada ayat-ayat Allah. Padahal dalam Surah An-Nisaa 'ayat 59 disebutkan, jika berlaku satu saja pertikaian, kembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah sikap Islam, bukan melebihkan pendapat imam di atas perkataan Allah.

Soalan 6: "Ali dan jawatan Khalifah"

Tanyakan kepada orang Syiah: "Menurut anda, siapa yang lebih berhak mewarisi jawatan Khalifah selepas Rasulullah wafat?" Dia pasti akan menjawab: "Ali bin Abi Talib lebih berhak menjadi Khalifah." Lalu tanyakan lagi: "Mengapa bukan Abu Bakar, Umar, dan Uthman? "Maka kemungkinan dia akan menjawab lagi:" Menurut riwayat ketika peristiwa Ghadir Khum, Rasulullah mengatakan bahawa Ali adalah pewaris sah Kekhalifahan. "

Kemudian katakan kepada orang Syiah itu: "Jika memang Ali bin Abi Talib yang paling berhak atas jawatan Khalifah, mengapa selama hidupnya beliau tidak pernah menyalah kepemimpinan Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar, dan Khalifah Uthman? Mengapa beliau tidak pernah menggalang kekuatan untuk merebut jawatan Khalifah? Mengapa ketika sudah menjadi Khalifah, Ali tidak pernah mengkritik Khalifah Abu Bakar, Umar, dan Uthman, padahal dia mempunyai kuasa? Kalau menyalahkan Khalifah merupakan kebenaran, tentu Ali bin Abi Talib akan menjadi orang pertama yang melakukan hal itu. "

Faktanya, Husein bin Ali Radhiyallahu 'Anhuma berani menggugat kepimpinan Dinasti Umayyah di masa Yazid bin Muawiyyah, sehingga kemudian terjadi Peristiwa Karbala. Kalau putra Ali berani memperjuangkan apa yang diyakininya benar, tentu Ali Radhiyallahu 'Anhu lebih berani melakukan hal itu.

Soalan 7: "Ali dan Husein"

Tanyakan kepada orang Syiah: "Menurut anda, mana yang lebih utama, Ali atau Husein?" Maka dia akan menjawab: "Tentu sahaja Ali bin Abi Talib lebih utama. Ali adalah ayah Husein, dia lebih dulu masuk Islam, terlibat dalam banyak peperangan di zaman Nabi, juga pernah menjadi Khalifah yang memimpin Ummat Islam. "Atau boleh saja ada pendapat di kalangan Syiah bahawa kedudukan Ali sama tingginya dengan Husein.

Kemudian tanyakan kepada dia: "Jika Ali memang dianggap lebih mulia, mengapa kaum Syiah membuat peringatan khusus untuk mengenang kematian Husein saat Hari Asyura pada setiap tarikh 10 Muharram? Mengapa mereka tidak membuat peringatan yang lebih megah untuk memperingati kematian Ali bin Abi Talib? Bukankah Ali juga mati syahid di tangan manusia durjana? Bahkan beliau wafat ketika memikul tugas sebagai Khalifah. "

Faktanya, peringatan Hari Asyura sudah seperti "Aidil Fitri" bagi kaum Syiah. Hal itu bagi memperingati kematian Husein bin Ali. Kalau orang Syiah konsisten, seharusnya mereka memperingati kematian Ali bin Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu lebih dahsyat lagi.

Soalan 8: "Syiah dan Wanita"

Tanyakan kepada orang Syiah: "Apakah dalam keyakinan Syiah diajarkan untuk memuliakan wanita?" Dia akan menjawab tanpa keraguan: "Tentu sahaja. Kami diajar memuliakan wanita, menghormati mereka, dan tidak menzalimi hak-hak mereka? "Lalu tanyakan lagi:" Benarkah ajaran Syiah memberi tempat penting bagi kaum wanita Muslimah? "Orang itu pasti akan menegaskan kembali.

Kemudian katakan kepada orang Syiah itu: "Jika Syiah memuliakan wanita, mengapa mereka menghalalkan nikah mut'ah? Bukankah nikah mut'ah itu sangat menzalimi hak-hak wanita? Dalam nikah mut'ah, seorang wanita hanya dipandang sebagai pemuas seks belaka. Dia tidak diberi hak-hak nafkah secara baik. Dia tidak mempunyai hak mewarisi harta suami. Bahkan kalau wanita itu hamil, dia tidak boleh menyaman suaminya jika ikatan kontraknya sudah habis. Kedudukan wanita dalam ajaran Syiah lebih buruk dari kedudukan haiwan ternakan. Haiwan ternakan yang hamil dipelihara baik oleh para penternak. Sedangkan wanita Syiah yang hamil selepas nikah mut'ah, disuruh memikul risiko sendiri. "

Faktanya, kaum Syiah sama sekali tidak memberi tempat penting bagi kaum wanita. Hal ini berbeza sekali dengan ajaran Sunni. Di negara-negara seperti Iran, Iraq, Lubnan, dll. Amalan nikah mut'ah marak sebagai ganti seks bebas dan pelacuran. Padahal intepatinya sama, iaitu menghamba seks, menindas kaum wanita, dan menyebarkan pintu-pintu kekejian. Semua itu dilakukan atas nama agama. Na'udzubillah wa na'udzubillah min dzalik.

Soalan 9: "Syiah dan Politik"

Tanyakan kepada orang Syiah: "Dalam pandangan anda, mana yang lebih utama, agama atau politik?" Tentu dia akan berkata: "Agama yang lebih penting. Politik hanya sebahagian daripada agama. "Lalu tanyakan lagi:" Bagaimana kalau politik akhirnya mendominasi ajaran agama? "Mungkin dia akan menjawab:" Ya tidak boleh. Agama harus mendominasi politik, bukan politik mendominasi agama. "

Lalu katakan kepada orang Syiah itu: "Kalau perkataan anda benar, mengapa dalam ajaran Syiah tidak pernah sedikit pun melepaskan diri dari masalah hak Kekhalifahan Ali, tragedi yang menimpa Husein di Karbala, dan kebencian mutlak kepada Muawiyyah dan anak-cucunya? Mengapa hal-hal itu sangat mendominasi akal orang Syiah, melebihi kepentingan urusan akidah, ibadah, fiqh, muamalah, akhlak, tazkiyatun nafs, ilmu, dll yang merupakan pokok-pokok ajaran agama? Mengapa ajaran Syiah menjadikan masalah dendam politik sebagai menu utama akidah mereka melebihi keyakinan kepada Sifat-Sifat Allah? "

Faktanya, ajaran Syiah merupakan contoh telanjang ketika agama dijajah (ruang tambahan) oleh pemikiran-pemikiran politik. Bahkan bahan politiknya tertumpu pada sikap kebencian mutlak kepada pihak-pihak tertentu yang dianggap merampas hak-hak imam Syiah. Dalam hal ini akidah Syiah mirip sekali dengan konsep Holocaust yang dibangunkan Zionis antarabangsa, dalam rangka memusuhi Nazi sampai ke akar-akarnya. (Bukan bererti pro Nazi, tetapi di sana ada sisi-sisi kesamaan pemikiran).

Soalan 10. "Syiah dan Sunni"

Tanyakan kepada orang Syiah: "Mengapa kaum Syiah sangat memusuhi kaum Sunni? Mengapa kebencian kaum Syiah kepada Sunni melebihi kebencian mereka kepada orang kafir (non Muslim)? "Dia tentu akan menjawab:" Tidak, tidak. Kami bersaudara dengan orang Sunni. Kami mencintai mereka dalam rangka Ukhuwwah Islamiyyah. Kita semua bersaudara, kerana kita sama-sama mengerjakan solat menghadap Kiblat di Makkah. Kita ini sama-sama Ahlul Qiblat. "

Kemudian katakan kepada dia: "Kalau Syiah benar-benar mahu ukhuwwah, mahu bersaudara, mahu bersatu dengan Sunni; mengapa mereka menyerang tokoh-tokoh Ahlus Sunnah, seperti Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar, Khalifah Usman, isteri-isteri Nabi (khususnya Aisyah dan Hafsah), Abu Hurairah, Zubair, Thalhah, dan lain-lain? Mencela, memaki, menghina, atau mengutuk tokoh-tokoh itu sama saja dengan memusuhi kaum Sunni. Tidak pernah ada ukhuwwah atau perdamaian antara Sunni dan Syiah, sebelum Syiah berhenti menista para sahabat Nabi, selaku panutan kaum Sunni. "

Fakta yang perlu disebut, banyak terjadi pembunuhan, pengusiran, dan kezaliman terhadap kaum Sunni di Iran, Iraq, Syria, Yaman, Lebanon, Pakistan, Afghanistan, dll. Hal itu menjadi bukti besar bahawa Syiah sangat memusuhi kaum Sunni. Hingga anak-anak Muslim asal Palestin yang menjadi pelarian di Iraq, mereka pun tidak luput dibunuhi kaum Syiah. 

Hal ini pula yang membuat Syaikh Qaradhawi berubah fikiran tentang Syiah. Jika sebelum ini beliau bersikap lunak, akhirnya mengakui bahawa perbezaan antara Sunni dan Syiah sangat sulit disatukan. Dalam lintasan sejarah kita mendapati bukti lain, bahawa kaum Syiah tidak pernah terlibat perang melawan negara-negara kafir. Justeru mereka sering bekerjasama dengan negara kafir dalam rangka menghadapi kaum Muslimin. 

Hancurnya Kekhalifahan Abbasiyyah di Baghdad, sikap permusuhan Dinasti Shafawid di Mesir, era Perang Salib di masa Shalahuddin Al Ayyubi, serta Khilafah Turki Uthmaniyah, di atas semua itu terakam fakta-fakta pengkhianatan Syiah terhadap kaum Muslimin. Begitu juga, jatuhnya Afghanistan dan Iraq ke tangan tentera Bersekutu di era moden, tidak lepas dari jasa-jasa para anasir Syiah dari Iran.

Demikianlah 10 soalan asas yang boleh kita gunakan untuk mematahkan pemikiran-pemikiran kaum Syiah. Insya Allah tulisan ini boleh dimanfaatkan untuk secara praktikal melindungi diri, keluarga, dan Ummat Islam dari propaganda-propaganda Syiah. Amin Allahumma amin.

Jika ada benarnya, hal itu semata merupakan kurniaan Allah Azza Wa Jalla. Kalau ada kesalahan, khilaf, dan kekurangan, itu dari diri saya sendiri. Wal 'Afwu minkum katsira, wastaghfirullaha li wa lakum, wa li sa'iril Muslimin. Alhamdulillahi Rabbil 'alamiin, wallahu a'lam bisshawaab.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Ketua Syiah Kedah Report Polis Terhadap Ugutan Bunuh di facebook GASM


PENDANG – Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Amirul Roshid berkongsi gambar dan maklumat mengenai dirinya dalam Facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia.
“Pemilik akaun tersebut telah menuduh saya seorang yang sangat aktif menyesatkan masyarakat Kedah khususnya pemuda-pemudi Kedah dan menghasut masyarakat supaya membenci orang Islam lain yang mengamalkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
“Saya memandang bahawa tuduhan ini adalah amat berat dan sesama sekali tidak berasas. Ingin saya tegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana tidak menepati realiti dan saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam-peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pendang.
Abdullah berkata, beliau menyedari ancaman itu pada Ahad lalu daripada seorang rakan yang membuka akaun laman sosial tersebut.
“Selain ancaman di laman sosial, saya juga pernah menerima ugutan melalui panggilan telefon dua minggu lalu dengan mengatakan ‘Awas ketua Syiah, kami nak hancurkan Syiah’ dengan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali’.
“Nombor telefon itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor peribadi,” katanya.

SYIAH: Hadis Ghadir Khum Diselewengkan Dan Dipalsukan Untuk Agama Baru Mereka

Amat penting bagi kita untuk menilai kesahihan hadits sebelum membahas pemaknaannya. Ini adalah kerana pemalsuan hadits tidak hanya terjadi pada sanad (jalur riwayat), akan tetapi matannya. Adakalanya matan isinya benar, namun itu ternyata bukan hadits Nabi s.a.w. Pembahasan ini tentu akan lebih banyak kita dapati ketika kita membahas sebab dan sejarah kewujudan hadits-hadits palsu di dalam Islam.
Hadits Ghadir Khum ini sangat popular di kalangan Syiah sebagai dalil keabsahan Ali r.a sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Seorang ulama Syiah kontemporeri, Abdul Hasan Umainy telah mengarang sebuah kitab berjudul Al Ghadir fil Kitab wa Sunnah wal Adab dalam enam jilid bagi menunjukkan kepentingan hadits tersebut dalam agama berkenaan.
Di Ghadir Khum ini menurut versi Syiah, Nabi s.a.w menyampaikan salah satu risalah wahyu Allah iaitu ayat 67 Surah Al-Maidah. Menurut Syiah, ayat berkenaan turun selepas Nabi s.a.w menuturkan hadits di itu.
Al Majlisi dalam Bihar Anwar juga mengomentari hadits Ghadir di mana ketika itu kaum muslimin berkumpul dan Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya, “Wahai manusia, bukankah aku lebih utama bagi seorang mukmin daripadanya dirinya sendiri? Lalu mereka menjawab, benar. Kemudian Nabi s.a.w melanjutkan dengan hadis Ghadir seperti yang tertera dalam grafik di atas.
Dan menurut mereka, setelah Allah menurunkan wahyu terakhir (Alyauma akmaltu lakum..), maka Rasulullah s.a.w mengatakan, Maha Besar Allah yang telah menyempurnakan agama dan memilih Ali sebagai pemimpin setelahku. (Ghadir… 1/11).
Thibrisy di dalam A’lam Wara halaman 169-170 memberikan asbab wurud (sebab turunnya) hadits ini yang tidak lain dan tidaak bukan adalah imamah Imam Ali selepas Nabi s.a.w, kerana tidak mungkin memberikan makna kenabian, sebaliknya yang lebih tepat adalah Imam walaupun ada sebahagian kalangan Syiah yang menganggap Ali sedarjat dengan Nabi s.a.w.
Dalam konsep Syiah, hadits Ghadir ini menjadi pegangan utama mereka dalam memberikan hak khilafah “wajib” kepada Ali r.a. Ini adalah kerana menurut mereka, sabda baginda itu sangat jelas, bahwa ‘siapa yang menganggap aku sebagai maulah (pemimpinnya-versi Syiah), maka Ali adalah pemimpinnya.’
Kepemimpinan Ali r.a selepas Nabi s.a.w dan keturunannnya, menurut Syiah, tidak boleh diengkari dan menjadi hak utama. Di dalam Abhal Madad Fi Syarah Ulama Baghdad:116 disebutkan wajibnya hak-hak tersebut ditunaikan dan menjadi akidah umat Islam.
Bagaimana pula dengan golongan Sunni dalam memahamkan hadis dan ayat berkenaan?
Haris Suhaimi di dalam Tautsiq Sunnah Baina Syiah wa Ahli Sunnah menyebutkan bahawa pengakuan kedua ayat tersebut tersebut turun di Ghadir sangat bertentangan dengan konteks ayat tersebut secara keseluruhan. Dalam pemahaman ahli tafsir terutama pada ayat 67 Surah Al-Maidah, pengertiannya perlu dilihat pada ayat sebelumnya yang ditujukan untuk mencela ahli kitab dan menjelaskan keingkaran mereka. Al Thabariy mengatakan bahawa ayat ini turun untuk memerintahkan Nabi s.a.w mendakwahi ahli kitab yang disebutkan oleh ayat sebelumnya (Jami’ Al Bayan 6/307 ).
Sedangkan ayat “Al yauma akmaltu lakum…” itu turun di Arafah, ini juga diakui oleh seorang yang dianggap muhaddits dalam kalangan Syiah, Syaikh Kulaini di dalam Ushul Kafi. Demikian juga dikuatkan oleh Thabary yang mengatakan ayat ini turun pada hari Jumat pada hari Arafah, tepatnya ketika haji Wada’. Walaupun demikian, ada beberapa Ahli Tafsir cuba menggabungkan beberapa periwayatan asbab nuzul hadits ini, antaranya Al Alusy di dalam Ruhul Ma’ani.
Bersambung

Saturday, July 27, 2013

Fatwa Ulama dan Imam - Syiah Bukan Islam

Syiah Bukan Islam


Mukadimah pembuka kalam: Akhir-akhir ini telah panas dan heboh mengenai isu Syiah,rata-rata masyarakat di Malaysia ini masih tidak mengetahui dan keliru sama ada Syiah ini suatu mazhab dalam agama islam kah? atau suatu agama sesat dan kafir yang bukan termasuk dalam islam? maka disini ana memberi perkongsian mengenai hukum sebenar Syiah

  • SYIAH BUKAN ISLAM DAN TIDAK BOLEH MENGANUT AGAMANYA

Berikut ini kami kutipkan fatwa-fatwa para Imam dan para Ulama mengenai aliran Syi’ah. Mereka itu mengeluarkan fatwa-fatwa setelah mempelajari dan mengetahui sampai dimana kesesatan Syiah. Bahkan dari mereka itu ada yang hidup dalam satu zaman dan satu daerah dengan orang-orang Syiah. Fatwa-fatwa para Imam dan Ulama ini kami kutip dari kitab “Ushul Mazhab Asy’Syiah Al-Imamiyah Al-Its’naasyariyah” oleh Dr. Nasir bin Abdullah bin Ali Al Ghifari.

Para Imam dan para Ulama tersebut dengan tegas menghukum Kafir orang-orang Rofidhoh atau orang-orang Syiah yang suka mencaci-maki dan mengkafirkan para sahabat, serta menuduh Siti Aisyah istri Rasulullah SAW berbuat serong dan berkeyakinan bahwa Al-Qur’an yang ada sekarang ini sudah tidak original lagi

Diantara para Imam dan para Ulama yang telah mengeluarkan fatwa-fatwa tersebut adalah :


  • 1. Imam Malik(Imam Fiqh dan Imam Hadith,Pengasas mazhab Maliki)
  1. االامام مالكروى الخلال عن ابى بكر المروزى قال : سمعت أبا عبد الله يقول :قال مالك : الذى يشتم اصحاب النبى صلى الله عليه وسلمليس لهم اسم او قال نصيب فى الاسلام.( الخلال / السن: ۲،٥٥٧ )
  2. Al Khalal meriwayatkan dari Abu Bakar Al Marwazi, katanya : Saya mendengar Abu Abdulloh berkata, bahwa Imam Malik berkata : “Orang yang mencela sahabat-sahabat Nabi, maka ia tidak termasuk dalam golongan Islam” ( Al Khalal / As Sunnah, 2-557 )

  • 2. Ibnu Katsir(Ulama Tafsir)
  1. Ibnu Katsir berkata, dalam kaitannya dengan firman Allah surat Al Fath ayat 29, yang artinya :“ Muhammad itu adalah Rasul (utusan Allah). Orang-orang yang bersama dengan dia (Mukminin) sangat keras terhadap orang-orang kafir, berkasih sayang sesama mereka, engkau lihat mereka itu rukuk, sujud serta mengharapkan kurnia daripada Allah dan keridhaanNya. Tanda mereka itu adalah di muka mereka, karena bekas sujud. Itulah contoh (sifat) mereka dalam Taurat. Dan contoh mereka dalam Injil, ialah seperti tanaman yang mengeluarkan anaknya (yang kecil lemah), lalu bertambah kuat dan bertambah besar, lalu tegak lurus dengan batangnya, sehingga ia menakjubkan orang-orang yang menanamnya. (Begitu pula orang-orang Islam, pada mula-mulanya sedikit serta lemah, kemudian bertambah banyak dan kuat), supaya Allah memarahkan orang-orang kafir sebab mereka. Allah telah menjanjikan ampunan dan pahala yang besar untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih diantara mereka”.
  2. Beliau berkata : Dari ayat ini, dalam satu riwayat dari Imam Malik, beliau mengambil kesimpulan bahwa golongan Rofidhoh (Syiah), yaitu orang-orang yang membenci para sahabat Nabi SAW, adalah Kafir.Beliau berkata : “Karena mereka ini membenci para sahabat, maka dia adalah Kafir berdasarkan ayat ini”. Pendapat tersebut disepakati oleh sejumlah Ulama. (Tafsir Ibin Katsir, 4-219)

  • 3. Imam Al Qurthubi(Ulama Tafsir)
  1. Imam Al Qurthubi berkata : “Sesungguhnya ucapan Imam Malik itu benar dan penafsirannya juga benar, siapapun yang menghina seorang sahabat atau mencela periwayatannya, maka ia telah menentang Allah, Tuhan seru sekalian alam dan membatalkan syariat kaum Muslimin”. (Tafsir Al Qurthubi, 16-297).

  • 4. Imam Ahmad(Imam Fiqh dan Hadith,Pengasas Mazhab Hanbali)
  1. الامام احمد ابن حمبل:روى الخلال عن ابى بكر المروزى قال : سألت ابا عبد الله عمن يشتمأبا بكر وعمر وعائشة ؟ قال: ماأراه على الاسلام.( الخلال / السنة : ۲، ٥٥٧)
  2. Al Khalal meriwayatkan dari Abu Bakar Al Marwazi, ia berkata : “Saya bertanya kepada Abu Abdullah tentang orang yang mencela Abu Bakar, Umar dan Aisyah? Jawabnya, saya berpendapat bahwa dia bukan orang Islam”. ( Al Khalal / As Sunnah, 2-557).
  3. Beliau Al Khalal juga berkata : Abdul Malik bin Abdul Hamid menceritakan kepadaku, katanya: “Saya mendengar Abu Abdullah(Imam Ahmad) berkata : “Barangsiapa mencela sahabat Nabi, maka kami khawatir dia keluar dari Islam, tanpa disadari”. (Al Khalal / As Sunnah, 2-558).
  4. Beliau Al Khalal juga berkata :
  5. وقال الخلال: أخبرنا عبد الله بن احمد بن حمبل قال : سألت أبى عن رجل شتم رجلامن اصحاب النبى صلى الله عليه وسلم فقال : ما أراه على الاسلام(الخلال / السنة : ۲،٥٥٧)“ 
  6. Abdullah bin Ahmad bin Hambal bercerita pada kami, katanya : “Saya bertanya kepada ayahku perihal seorang yang mencela salah seorang dari sahabat Nabi SAW. Maka beliau menjawab : “Saya berpendapat ia bukan orang Islam”. (Al Khalal / As Sunnah, 2-558)
  7. Dalam kitab AS SUNNAH karya IMAM AHMAD halaman 82, disebutkan mengenai pendapat beliau tentang golongan Rofidhoh (Syiah) :
  8. “Mereka itu adalah golongan yang menjauhkan diri dari sahabat Muhammad SAW dan mencelanya, menghinanya serta mengkafirkannya, kecuali hanya empat orang saja yang tidak mereka kafirkan, yaitu Ali, Ammar, Migdad dan Salman. Golongan Rofidhoh (Syiah) ini sama sekali bukan Islam.”

  • 5. Imam Al-Bukhori
  1. الامام البخارى.قال رحمه الله : ماأبالى صليت خلف الجهمى والرافضىأم صليت خلف اليهود والنصارىولا يسلم عليه ولا يعادون ولا يناكحون ولا يشهدون ولا تؤكل ذبائحهم.( خلق أفعال العباد :١٢٥)
  2. Iman Bukhori berkata : “Bagi saya sama saja, apakah aku sholat dibelakang Imam yang beraliran JAHM atau Rofidhoh (Syiah) atau aku sholat di belakang Imam Yahudi atau Nasrani. Dan seorang Muslim tidak boleh memberi salam pada mereka, dan tidak boleh mengunjungi mereka ketika sakit juga tidak boleh kawin dengan mereka dan tidak menjadikan mereka sebagai saksi, begitu pula tidak makan hewan yang disembelih oleh mereka.” (Imam Bukhori / Kholgul Afail, halaman 12)

  •  6. Al-Faryabi
  1. Al Khalal meriwayatkan, katanya : “Telah menceritakan kepadaku Harb bin Ismail Al Karmani, katanya : “Musa bin Harun bin Zayyad menceritakan kepada kami : “Saya mendengar Al Faryaabi dan seseorang bertanya kepadanya tentang orang yang mencela Abu Bakar. Jawabnya : “Dia kafir”. Lalu ia berkata : “Apakah orang semacam itu boleh disholatkan jenazahnya ?”. Jawabnya : “Tidak”. Dan aku bertanya pula kepadanya : “Mengenai apa yang dilakukan terhadapnya, padahal orang itu juga telah mengucapkan Laa Ilaaha Illalloh?”. Jawabnya : “Janganlah kamu sentuh jenazahnya dengan tangan kamu, tetapi kamu angkat dengan kayu sampai kamu turunkan ke liang lahatnya”. (Al Khalal / As Sunnah, 6-566).

  • 7. Ahmad bin Yunus 
  1. Beliau berkata : “Sekiranya seorang Yahudi menyembelih seekor binatang dan seorang Rofidhi (Syiah) juga menyembelih seekor binatang, niscaya saya hanya memakan sembelihan si Yahudi dan aku tidak mau makan sembelihan si Rofidhi (Syiah), sebab dia telah murtad dari Islam”. (Ash Shariim Al Maslul, halaman 570).

  • 8. Abu Zur’ah Ar-Rozi
  1. أبو زرعة الرازى.اذا رأيت الرجل ينتقص أحدا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلمفاعلم أنه زنديق، لأن مؤدى قوله الى ابطال القران والسنة.( الكفاية : ٤٩)
  2. Beliau berkata : “Bila anda melihat seorang merendahkan (mencela) salah seorang sahabat Rasulullah SAW, maka ketahuilah bahwa dia adalah ZINDIIG. Karena ucapannya itu berakibat membatalkan Al-Qur’an dan As Sunnah”. (Al Kifayah, halaman 49).

  • 9. ABDUL QODIR AL BAGHDADI 
  1. Beliau berkata : “Golongan Jarudiyah, Hisyamiyah, Jahmiyah dan Imamiyah adalah golongan yang mengikuti hawa nafsu yang telah mengkafirkan sahabat-sahabat terbaik Nabi, maka menurut kami mereka adalah kafir. Menurut kami mereka tidak boleh di sholatkan dan tidak sah berma’mum sholat di belakang mereka”. (Al Fargu Bainal Firaq, halaman 357).Beliau selanjutnya berkata : “Mengkafirkan mereka adalah suatu hal yang wajib, sebab mereka menyatakan Allah bersifat Al Bada’ 

10. IBNU HAZM
  1. Beliau berkata : “Salah satu pendapat golongan Syiah Imamiyah, baik yang dahulu maupun sekarang ialah, bahwa Al-Qur’an sesungguhnya sudah diubah”.Kemudian beliau berkata : ”Orang yang berpendapat bahwa Al-Qur’an yang ada ini telah diubah adalah benar-benar kafir dan mendustakan Rasulullah SAW”. (Al Fashl, 5-40).

  • 11. ABU HAMAD AL GHOZALI 
  1. Imam Ghozali berkata : “Seseorang yang dengan terus terang mengkafirkan Abu Bakar dan Umar Rodhialloh Anhuma, maka berarti ia telah menentang dan membinasakan Ijma kaum Muslimin. Padahal tentang diri mereka (para sahabat) ini terdapat ayat-ayat yang menjanjikan surga kepada mereka dan pujian bagi mereka serta pengukuhan atas kebenaran kehidupan agama mereka, dan keteguhan aqidah mereka serta kelebihan mereka dari manusia-manusia lain”.Kemudian kata beliau : “Bilamana riwayat yang begini banyak telah sampai kepadanya, namun ia tetap berkeyakinan bahwa para sahabat itu kafir, maka orang semacam ini adalah kafir. Karena dia telah mendustakan Rasulullah. Sedangkan orang yang mendustakan satu kata saja dari ucapan beliau, maka menurut Ijma’ kaum Muslimin, orang tersebut adalah kafir”. (Fadhoihul Batiniyyah, halaman 149).

  • 12. AL QODHI IYADH
  1. Beliau berkata : “Kita telah menetapkan kekafiran orang-orang Syiah yang telah berlebihan dalam keyakinan mereka, bahwa para Imam mereka lebih mulia dari pada para Nabi”.Beliau juga berkata : “Kami juga mengkafirkan siapa saja yang mengingkari Al-Qur’an, walaupun hanya satu huruf atau menyatakan ada ayat-ayat yang diubah atau ditambah di dalamnya, sebagaimana golongan Batiniyah (Syiah) dan Syiah Ismailiyah”. (Ar Risalah, halaman 325).

  • 13. AL FAKHRUR ROZI 
  1. Ar Rozi menyebutkan, bahwa sahabat-sahabatnya dari golongan Asyairoh mengkafirkan golongan Rofidhoh (Syiah) karena tiga alasan :Pertama: Karena mengkafirkan para pemuka kaum Muslimin (para sahabat Nabi). Setiap orang yang mengkafirkan seorang Muslimin, maka dia yang kafir. Dasarnya adalah sabda Nabi SAW, yang artinya : “Barangsiapa berkata kepada saudaranya, hai kafir, maka sesungguhnya salah seorang dari keduanya lebih patut sebagai orang kafir”.Dengan demikian mereka (golongan Syiah) otomatis menjadi kafir.Kedua: “Mereka telah mengkafirkan satu umat (kaum) yang telah ditegaskan oleh Rasulullah sebagai orang-orang terpuji dan memperoleh kehormatan (para sahabat Nabi)”.Ketiga: Umat Islam telah Ijma’ menghukum kafir siapa saja yang mengkafirkan para tokoh dari kalangan sahabat.(Nihaayatul Uguul, Al Warogoh, halaman 212).

  • 14. SYAH ABDUL AZIZ DAHLAWI 
  1. Sesudah mempelajari sampai tuntas mazhab Itsna Asyariyah dari sumber-sumber mereka yang terpercaya, beliau berkata : “Seseorang yang menyemak aqidah mereka yang busuk dan apa yang terkandung didalamnya, niscaya ia tahu bahwa mereka ini sama sekali tidak berhak sebagai orang Islam dan tampak jelaslah baginya kekafiran mereka”. (Mukhtashor At Tuhfah Al Itsna Asyariyah, halaman 300).

  • 15. MUHAMMAD BIN ALI ASY SYAUKANI 

  1. Perbuatan yang mereka (Syiah) lakukan mencakup empat dosa besar, masing-masing dari dosa besar ini merupakan kekafiran yang terang-terangan.Pertama : Menentang Allah.Kedua : Menentang Rasulullah.Ketiga : Menentang Syariat Islam yang suci dan upaya mereka untuk melenyapkannya.Keempat : Mengkafirkan para sahabat yang diridhoi oleh Allah, yang didalam Al-Qur’an telah dijelaskan sifat-sifatnya, bahwa mereka orang yang paling keras kepada golongan Kuffar, Allah SWT menjadikan golongan Kuffar sangat benci kepada mereka. Allah meridhoi mereka dan disamping telah menjadi ketetapan hukum didalam syariat Islam yang suci, bahwa barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia telah kafir, sebagaimana tersebut di dalam Bukhori, Muslim dan lain-lainnya.(Asy Syaukani, Natsrul Jauhar Ala Hadiitsi Abi Dzar, Al Warogoh, hal 15-16)

  • Penutup Kalam

  • Azam Mudin berkata : Setelah didatangkan Fatawa Imam salaf dan khalaf kita di atas,diketahui bahawa pendapat mengenai syiah(terutama syiah imamiyyah) adalahKAFIR berdasarkan dalil-dalil yang telah ada,maka tidak berhak lah bagi seorang muslim yang berdiri teguh di atas manhaj Ahlus Sunnah Waljamaah mengingkari fatawa imam manhaj yang dipegangnya

  • setelah mengetahui hukum sebenar syiah maka barangsiapa yang masih mengingkari hukum ini dan masih membela agama syiah maka ketahuilah dia seorang sunni yang degil tak boleh diajar,atau seorang syiah yang bertaqiyyah untuk mencipta syubhat kepada manhaj ahlus sunnah waljamaah,wallahu bissajawab 

  • P/s sebarang soalan dan kekeliruan boleh datang bertanya kepada ana Azam Mudin,

  • dan jika terdapat sebarang ketidak puasan hati mengenai hasil perkongsian ini boleh juga datang berbahas dengan ana,sesungguhnya kebenaran itu teguh kebathilan itu rapuh,waallahualam :) 

  • dan jika datang si syiah kepada kalian bawa fatawa dari ulama khalaf dan kontemprorari mengenai benarnya syiah sebagai suatu mazhab dalam agama islam maka minta kepada dia bukti berupa audio dan video para Ulama besar kita berfatawa demikian nescaya mereka akan sukar memberinya :) 

  • Mohon sharekan kepada khalayak Umum
 -Azam Mudin-Pembela As Sahabah dan Khadim kepada Allah Al Rahman Al Rahim 

Via : Azam Mudin (in GASM)

Wednesday, July 24, 2013

Risalah Syiah Untuk Bacaan dan Sebaran

Tuesday, July 23, 2013

Thaqiyah (Menipu/berbohong)


Tajuk: Thaqiyah Syiah

Monday, July 8, 2013

Membongkar Tembelang Syiah Faisal Tehrani dalam karya "Perempuan Nan Bercinta"


Faisal Tehrani FT secara bacul berselindung di sebalik karya sastera ala novel cinta untuk menyerang dan menghukum Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Dalam tulisannya di malaysiakini dia cuba membayangkan kononnya Syiah tiada masalah untuk berdamping dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kononnya perbalahan antara Sunni dan Syiah itu hanyalah rekaan-rekaan pihak tertentu sahaja. Tetapi anehnya perangai FT dalam novelnya ini saling tak tumpah seperti sikap golongan Syiah Rafidhah yang menolak, menghina dan mempertikaikan para sahabat r.a.h. Walaupun FT bijak bermain bahasa, tetapi itu tidak bermakna dia ‘cerdik’ menyimpan pekung Syiah-nya itu. Dalam banyak-banyak perkara yang disentuh oleh FT dalam karyanya ini, perkara paling besar yang tak boleh dibiarkan adalah kebiadapan FT terhadap para sahabat r.a.h. Dalam artikel ringkas ini penulis akan bongkarkan niat busuk lagi kotor FT terhadap Ahli Sunnah dan para sahabat r.a.h. yang memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Mempertikaikan Sayyidina Abu Hurairah r.a. dan hadith sahih

Sepertimana golongan Syiah Rafidhah yang lain, antara para sahabat yang paling dibenci oleh mereka adalah Sayyidina Abu Hurairah. Ini kerana Abu Hurairah adalah antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah SAW. Bahkan telah berlaku ijmak di kalangan ahli hadith bahawa Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayat dan menghafaz hadith-hadith Rasulullah SAW.

Dalam Sahih Muslim, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a.h,, terdapat hadith yang menyatakan tentang kelebihan Abu Hurairah r.a. Bahawa Abu Hurairah r.a berkata: “Adakah kamu mendustai bahawa Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w? Demi Allah aku akan membuktikannya. Sesungguhnya aku seorang yang miskin, aku menjadi khadam Rasulullah SAW dengan hanya diberi makan sahaja. Ketika orang-orang Muhajirin berdagang di pasar-pasar dan orang-orang Ansar sibuk mengembangkan harta benda mereka. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membentangkan pakaiannya beliau tidak akan lupa apa yang beliau dengar dariku. Aku terus membentang pakaianku sehingga Baginda selesai menyampaikan hadithnya. Kemudian aku mengumpulkannya dan tidak lupa apa-apa yang aku dengar dari baginda”.

Berdasarkan kedudukan Abu Hurairah r.a. ini, sungguh lancang sekali si Faisal Tehrani untuk memperlekehkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dengan menuduhnya sebagai israiliyyat. Di mana dalil dan buktinya ia israiliyyat, seperti yang didakwa pada halaman 36. Sebelumnya, pada halaman 33, FT membawakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari. Hadith ini menyentuh tentang kejadian Hawa/wanita daripada tulang rusuk Adam/lelaki yang dipertikaikan oleh golongan Syiah.

FT berniat buruk dengan cuba menimbulkan keraguan pada hadith yang diwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari tersebut. Hadith itu kononnya dikatakan satu diskriminasi terhadap kaum wanita. Tambahan lagi, FT menuduh ianya bersesuaian dengan tradisi Kristian. Jelas, nawaitu FT adalah untuk meruntuhkan kredibiliti para sahabat dan hadith-hadith  sahih  yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari. Padahal, FT sendiri dangkal dalam memahami kaedah syar'un man qablana syar'un lana ma lam yakun fi syari'ina ma yukhalifuhu iaitu apa yang terkandung dalam  ajaran agama lain yang menetapi dan tidak menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah maka Islam menerimanya.

Seseorang yang waras sebenarnya tidak perlu untuk mempertikaikan hadith-hadith sebegini kerana ia tidak melibatkan implikasi iman dan amalan, ia hanya satu perkhabaran supaya kita mengagumi tanda-tanda kebesaran Allah SWT dalam penciptaan-Nya. Apa yang menghairankan FT sibuk untuk mencari 'titik kepalsuan' mazhab Sunni tetapi lupa untuk mengkritisi ajaran sesat Syiah yang dikaguminya sendiri. Mengapa tidak FT mengkaji, kenapa penganut Syiah sanggup menyambut perayaan Nairuz pada 21 Mac setiap tahun? Bukankah ia adalah perayaan memuja api penganut Majusi berbangsa Parsi suatu ketika dahulu? Bagaimana kitab-kitab Syiah seperti Bihar al-Anwar boleh meriwayatkan kononnya Imam Mahdi Syiah akan muncul pada hari raya Majusi? Bukankah isu ini lebih berat kerana ia membabitkan implikasi iman dan amalan? Adakah Syiah meniru Majusi atau Majusi yang meniru Syiah? Dengan otak FT yang bijak itu, tidak logik jika FT tidak mampu untuk mengkaji ajaran kesayangannya sendiri.

Jika FT mahu juga berhujjah dengan perkara-perkara sebegini, sepatutnya FT menyelesaikan terlebih terdahulu ayat-ayat al-Qur'an al-Karim yang pada zahirnya seolah-olah mendiskriminasikan kaum wanita, itu pun jikalau menggunapakai kaedah berfikir singkat ala Faisal Tehrani.  Antaranya seperti dalam surah al-Nisa' ayat 34 tentang kelebihan lelaki ke atas wanita, ayat 11 tentang bahagian lelaki yang lebih banyak daripada wanita dalam faraid dan lain-lain. Sebenarnya tiada pun apa yang didakwa diskriminasi jika dilihat menerusi kaca mata keadilan perbuatan Allah SWT yang Maha Sempurna lagi Bijaksana. Tetapi jika dilihat menerusi persepsi yang penuh dengan dendam kesumat untuk mencari-cari salah sumber Ahli Sunnah, maka pelbagai persepsi negatif akan cuba dibangkitkan demi mempertikaikan mazhab Sunni.

Isu diskriminasi wanita

Sebagai contoh, sikap FT ini terserlah pada halaman 8. FT cuba menggambarkan kononnya terdapat hadith dalam kitab-kitab Ahli Sunnah yang mendiskriminasikan kaum wanita dengan mengatakan kaum wanita adalah golongan yang paling ramai menghuni neraka. Hadith-hadith sebegini juga dianggap menjadi punca al-Qur'an dipandang seperti mentaliti primitif Eropah pada abad pertengahan. Pandangan  ini adalah perspektif  skeptikal  yang  sengaja diberikan oleh FT untuk  memburuk-burukkan  hadith-hadith  yang diriwayatkan   oleh   Ahli Sunnah  Wal-Jamaah walhal  hadith tersebut mempunyai konteks yang tertentu.
Kemyataan ini tertulis pada kulit belakang buku FT
Sebelum menjelaskan maksud sebenar hadith tersebut, perlu diingat keghairahan FT untuk mencari kelemahan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebenarnya telah memakan dirinya sendiri kerana hadith berkenaan majoriti ahli neraka adalah wanita pada hakikatnya bukan sahaja diriwayatkan di dalam hadih-hadith Ahli Sunnah sebaliknya ia juga diriwayatkan di dalam kitab-kitab Syiah malah matannya lebih panjang dan lebih terperinci. Sebagai contoh apa yang dinukilkan oleh al-Majlisi di dalam kitabnya Bihar al-Anwar daripada karangan al-Kulaini di dalam al-Furu’ mi al-Kafi berkenaan beberapa riwayat yang menyebut tentang majoriti penghuni neraka adalah golongan wanita.

Pertama: Daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibn Mahbub daripada Abdullah bin Ghalib daripada Jabir al-Ja’fi daripada Abi Ja’far a.s, beliau berkata: Rasulullah SAW telah keluar…kemudian bersabda: Wahai sekalian wanita, bersedekahlah, taatilah suami-suami kamu, sesungguhnya kebanyakannya kamu di dalam neraka. Ketika mana para wanita mendengar sedemikian, mereka menangis, kemudian bangun seorang wanita daripada mereka lalu berkata: Wahai Rasulullah, di dalam neraka bersama orang kafir? Demi Allah kami bukan orang kafir sehingga menjadi ahli neraka. Lalu Rasulullah berkata kepadanya: Sesungguhnya kamu semua adalah kafir terhadap hak-hak suami kamu".
                      
Kedua: Daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ali bin al-Hakam daripada Ali bin Abi Hamzah daripada Abi Basir, beliau berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s. berkata: Rasulullah SAW telah berkhutbah kepada wanita lalu bersabda: “Wahai sekalian wanita, kamu bersedekahlah walaupun dengan perhiasan kamu, walaupun dengan sebiji tamar, walaupun dengan secebis tamar, sesungguhnya kebanyakan kamu adalah kayu api neraka…”  

Sepatutnya FT juga perlu memasukkan riwayat-riwayat Syiah ini untuk dikritik bersama riwayat-riwayat Ahli Sunnah. FT perlu menjawab mengapa di dalam riwayat-riwayat Syiah juga turut mendiskriminasi kaum wanita. Malah di sana terdapat riwayat-riwayat Syiah yang lebih berat dalam mengenepikan kaum wanita, antaranya, hadith yang diriwayatkan oleh al-Kulaini berbunyi: "Janganlah kamu memberi tempat kepada mereka (wanita) di dalam kamar-kamar dan jangan kamu ajar mereka menulis, tetapi ajarlah mereka bagaimana memintal benang dan surah al-Nur". Hadith ini turut dinukilkan oleh penulis-penulis Syiah terkemudian seperti al-Hurr al-'Amili dalam kitabnya Wasa'il al-Syiah yang meletakkan tajuk "Bab kesunatan mengajar kaum wanita surah al-Nur dan tenunan, tanpa mengajar surah Yusuf dan menulis" dan dalam bab lain dia meletakkannya di bawah tajuk "Bab kemakruhan menyediakan kaum wanita di bilik-bilik, mengajar menulis dan surah Yusuf…". Bagi para ulama Ahli Sunnah, hadith ini tidak sabit dan matannya bercanggah dengan hadith-hadith yang sahih. Oleh itu, zahir hadith yang mengatakan wanita tidak boleh dibenarkan untuk belajar menulis dan surah Yusuf adalah bertentangan dengan galakan belajar yang diperintahkan dalam agama Islam tanpa mengira jantina. Tetapi mengapa riwayat-riwayat sebegini wujud dalam ajaran sesat Syiah seperti yang didewa-dewakan oleh FT?

Setelah kita membaca riwayat-riwayat Syiah di atas, dapat difahami bahawa tujuan FT memaparkan hadith-hadith Ahli Sunnah hanyalah untuk mengaburi mata pembaca bagi membayangkan seolah-olah disiplin ilmu hadith yang ada di dalam mazhab Ahli Sunnah itu longgar sehingga terhadap hadith-hadith yang dirasakan tidak logik. Namun, kewujudan riwayat-riwayat Syiah yang lebih berat dalam hal mendiskriminasikan wanita tidak pula dijawab atau diulas oleh FT. Terdapat dua kemungkinan, sama ada FT jahil tentang ajaran Syiah kerana dia juga mengikut Syiah secara membuta tuli atau kerana dia sengaja mahu menyembunyikan riwayat-riwayat Syiah yang berbau diskriminasi terhadap kaum wanita tersebut.

Berbalik kepada hadith yang didakwa oleh Faisal Tehrani mendiskriminasikan kaum wanita, ia hanyalah dakwaan kosong daripada seorang yang berniat serong terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW. Berkenaan hadith  di  atas, ia termasuk dalam jenis hadith al-targhib wa al-tarhib yang bertujuan untuk memberi galakan atau ancaman dalam sesuatu amalan. Ini kerana golongan wanita yang dimaksudkan oleh Nabi SAW sebagai penghuni neraka tersebut ialah merujuk kepada mereka  yang melakukan  maksiat  kepada  Allah SWT seperti tidak bersyukur dan menghargai pemberian suami (hadith Sahih al-Bukhari) dan berpakaian yang mendedahkan aurat (hadith Sahih Muslim). Ini bermakna  ia bukan sama  sekali  merujuk  kepada   wanita  itu secara fitrah  kejadiannya  maka ia  didiskriminasikan daripada  memasuki syurga. Ia seperti ungkapan Rasulullah SAW yang mengatakan majoriti penghuni syurga adalah golongan miskin, ia bukan bermakna golongan kaya didiskriminasikan tetapi kerana ramainya golongan kaya yang tidak menghiraukan soal halal dan haram dalam mencari rezeki serta tidak menunaikan hak-hak harta yang sepatutnya maka menyebabkan mereka tertahan daripada memasuki syurga.      

Mempertikai kredibiliti Sayyidah ‘Aisyah r.a.

Dalam halaman 205 FT cuba untuk mempertikaikan kredibiliti Sayyidatina ‘Aisyah r.a. bagi menolak hadith yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dengan menuduh kononnya 'Aisyah sendiri belum wujud ketika kisah penurunan wahyu berlaku. Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kejahilan pengarang tentang kedudukan 'mursal sahabi' dalam disiplin ilmu hadith iaitu hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat tanpa dia menyaksikan sendiri atau mendengar sendiri daripada Rasulullah SAW tetapi memperolehinya daripada sahabat lain. Hadith 'mursal sahabi' tetap dianggap sahih menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah kerana yang meriwayatkannya adalah para sahabat kecuali golongan yang meragukan dan mentohmah kejujuran para sahabat seperti Syiah. Walau bagaimanapun, berkenaan hadith ini, Imam al-Nawawi mengatakan ia didengari sendiri oleh 'Aisyah r.a.h berdasarkan beberapa lafaz yang terkandung di dalamnya.

Menuduh hadith-hadith keutamaan para sahabat hanyalah rekaan Sunni

Penyakit hati FT semakin terserlah pada halaman 179 apabila menuduh dengan biadap bahawa hadith-hadith keutamaan atau fadha'il sahabat direka bagi menutup perseteruan mereka dengan Sayyidina Ali r.a. Ini adalah suatu penghinaan kepada para sahabat Nabi SAW kerana cuba mengaitkan kelebihan atau fadha'il sahabat seperti yang terkandung di dalam hadith-hadith yang sahih itu hanyalah direkayasa demi kepentingan politik. Apakah FT tidak pernah membaca ayat-ayat al-Qur'an tentang pujian Allah SWT kepada para sahabat sehingga mereka diberikan gelaran radhiyallahu 'anhum?

Menghina Khulafa’ al-Rasyidin

Pada halaman 192, FT menghina pula para kibar al-sahabah terdiri daripada Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman dengan menuduh secara membuta tuli kononnya mereka telah melakukan kesilapan dalam berijtihad sambil menyertakan bilangan kesalahannya sekali. Siapakah FT atau Syiah untuk menilai kesilapan para sahabat dalam berijtihad? Sedangkan para sahabat adalah ahli ijtihad dalam nas-nas yang tidak muktamad. Jikapun berlaku kesalahan dalam berijtihad ia tidak menjadikan kedudukan mereka rendah malah dikurniakan pahala oleh Allah SWT kerana ijtihad para sahabat telah pun berlaku dan diakui oleh Rasulullah SAW pada zaman Baginda masih hidup dan Baginda tidak mengingkarinya.

Pada halaman 279-280 FT cuba menimbulkan persepsi seolah-olah para sahabat telah berpaling daripada Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Padahal hadith ini perlu dibaca dengan pelbagai riwayat yang lain kerana terdapat lafaz-lafaz yang berbeza seperti usayhabi dan ummati yang menurut para ulama merujuk kepada segelintir golongan yang telah murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW. Malah kita sedia maklum bagaimana Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. sendiri telah memerangi golongan yang murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Kalimah 'sahabat' yang digunakan dalam hadith tersebut juga bukanlah merujuk kepada 'sahabat' dengan makna istilah tetapi makna bahasa. Kerana itu apabila Sayyidina Umar al-Khattab ingin membunuh ketua munafiqin, Abdullah bin Ubai bin Salul, ia tidak dibenarkan oleh Rasulullah SAW kerana Baginda bimbang nanti orang akan berkata Muhammad telah membunuh 'sahabat'nya sendiri. Ini bermakna walaupun Nabi SAW menyebut ‘sahabat’ ia bukan bermakna Baginda mengiktiraf semua yang menzahirkan keimanan mereka di hadapannya, tetapi ada di kalangan mereka itu yang munafiq dan ada di kalangan mereka yang murtad selepas kewafatan Baginda SAW dan mereka pada asasnya bukanlah ‘sahabat’ Nabi SAW kecuali pada bahasanya sahaja.  

Menghina mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Asya’irah-Maturidiyyah)

Daripada kebiadapan FT memperlekeh dan menghina para sahabat r.a.h., dia beralih pula mempertikaikan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi pegangan rasmi umat Islam di Malaysia dan majoriti umat Islam di dunia. Kedangkalan dan kecetekan pengetahuan FT makin terserlah ketika cuba untuk meruntuhkan disiplin Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang telah establish. Nampak sangat geran penyelidikan GCPM yang diperoleh dari UKM tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuat kajian perbandingan kecuali amat terhad kepada rujukan Syiah semata-mata. Penilaian FT terhadap mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah amat ‘menjelekkan’ kerana FT sendiri tidak mengkaji Ahli Sunnah secara komoprehensif menerusi rujukan-rujukan Ahli Sunnah yang muktabar.

Pada halaman 9, FT menyebut kita mesti berhenti mengkaji Islam daripada mazhab yang 90 peratus tetapi kembali kepada mazhab Syiah yang ‘asli’ yang mewakili 10 peratus umat Islam. Maknanya FT menganggap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ini sekadar mazhab palsu. Begitu juga pada halaman 83, FT mengatakan mazhab Ahli Sunnah itu dasar dan asasnya bergantung kepada kesia-siaan kerana kononnya mazhab Sunni tidak berjaya menyelesaikan permasalahan wanita dan pelbagai tuntutan lain.

Pada halaman 170, FT dengan kajiannya yang ‘mendalam’ itu mengelirukan pembaca dengan mengatakan Ahli Sunnah hanya wujud selepas era Muktazilah dan tidak mampu menandingi sejarah Syiah yang dikatakan telah bermula sejak awal. FT sebenarnya jahil dan tidak memahami latar belakang Ahli Sunnah Wal-Jamaah lalu mendakwa gelaran Ahli Sunnah tidak pernah wujud pada zaman awal Islam. Kalaulah FT menggunakan sedikit akalnya, dia pasti akan dapat membezakan antara istilah dan sejarah, justeru FT tidak akan membuat kesimpulan yang terencat akal itu. FT bukan tak tahu, kewujudan ‘istilah’ tidak semestinya seiring dengan sejarah yang menggambarkan kewujudan ‘istilah’ itu. Misalnya, apabila disebut “Malaysia” ia adalah satu istilah bagi merujuk kepada negara kita, tetapi ia tidak boleh menggambarkan kewujudan sejarah Tanah Melayu yang lebih awal daripada istilah Malaysia itu sendiri. 

Begitu juga istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ia hanya satu istilah untuk merujuk kepada manhaj Islam yang sebenar sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika tidak kerana wujudnya golongan ahli bid’ah dan sesat seperti Syiah, sudah tentu tidak perlu wujud istilah tertentu untuk merujuk kepada Islam yang asli. Mungkin cukup sekadar disebut Islam semata-mata sebagaimana yang dinaskan di dalam al-Qur’an dan hadith. Namun apabila wujudnya golongan yang berpecah keluar daripada gagasan Islam yang sebenar, maka wujudlah istilah untuk membezakan antara Islam yang haq dan Islam yang batil seperti Syiah.

Bertambah-tambah dangkal lagi, apabila FT mengatakan istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah hanya timbul selepas daripada kemunculan dua imam besar Sunni iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Buat makluman FT dan pengkaji Syiah tegar, istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah buat pertama kali telah digunakan oleh Ibn Abbas, seorang sahabat besar yang juga merupakan sepupu Nabi SAW yang wafat pada tahun 68 hijriyah. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, tafsiran ayat 106 surah Ali Imran) Walau bagaimanapun apabila kita merujuk kepada hadith-hadith Rasulullah SAW begitu banyak sekali ungkapan Baginda supaya berpegang kepada sunnah dan jamaah. Justeru, andaian FT itu sekadar bertujuan untuk mentohmah kedua-dua imam besar Sunni yang menjadi pengasas kepada mazhab Asya’irah dan Maturidiyyah seolah-olah kedua-dua mereka inilah pembuat bid’ah yang merekayasa istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Betapa dustanya tangan FT menulis seperti itu!  

Sebagai ahli akademik, sepatutnya apa yang dikaji oleh FT untuk menilai Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi adalah pada manhaj yang dibawa menerusi karya-karya mereka. Barulah boleh disimpulkan maksud di sebalik istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi popular pada zaman mereka. Apakah mereka membina mazhab baru atau ia merupakan suatu kesinambungan daripada golongan salafussoleh sebelum mereka. Apa yang sepatutnya adalah FT mengkaji sejauhmana kesinambungan antara ajaran Syiah dengan Ahlul Bayt? Hakikatnya, tiada langsung kesinambungan antara Syiah dengan imam-imam Ahlul Bayt. Apakah hujjah Syiah untuk mengatakan kepercayaan mereka hari ini benar-benar berdasarkan Ahlul Bayt?

Al-Kulaini dalam al-Kafi menukilkan dari Muhammad bin al-Hasan bahawa, “Dahulunya para masyayikh mereka meriwayatkan dari Ja’far dan Abi Abdillah, ketika itu taqiyyah amat bersangatan lalu mereka menyembunyikan kitab-kitab mereka dan tidak meriwayatkan daripada mereka, lalu apabila mereka meninggal dunia, kitab-kitab mereka sampai kepada kita, lalu (Muhammad bin al-Hasan) berkata: Riwayatkanlah ia, sesungguhnya ia benar”. (al-Kafi 1/53) Bukankah hadith Syiah ini pelik, boleh meriwayatkan daripada Ahlul Bayt tanpa perlu kepada sanad yang sahih dan benar-benar sampai kepada Ahlul Bayt. Oleh sebab itulah, ketika penulis berdialog dengan Syiah Melayu jadian, Kamilzuhairi di Bagan Serai, Kamil mengatakan Syiah tidak memiliki kitab sahih seperti Ahli Sunnah. Hairan sungguh, bagaimana mereka boleh mendakwa berada di atas kebenaran sedangkan tidak memiliki sanad yang sahih daripada Ahlul Bayt? Adakah benar mereka itu syiah (pengikut) Ahlul Bayt atau sebenarnya syiah kepada pendusta dan pembohong agama, Abdullah bin Saba’?

Pada halaman 338-339, FT terus membakar sentimen anti Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan menuduh kononnya Ahli Sunnah hanyalah sebuah pakatan yang rapuh. Keempat-empat mazhab dalam Ahli Sunnah dituduh FT sebagai saling bercakaran antara satu dengan lain hasil daripada pakatan fiqh yang longgar dan saling bertabrakan. Istilah “pakatan fiqh” sudah cukup menunjukkan FT tidak punya gambaran yang tepat berkenaan mazhab empat. FT mungkin menyangka keempat-empat mazhab itu terdiri daripada kumpulan yang memiliki ideologi berlainan lalu berpakat menjadi satu pakatan persis pakatan politik. Padahal keempat-empat mazhab bahkan lebih dari itu (jika ditambah dengan mazhab salaf yang lain termasuk Imam Ja’far al-Sadiq) hanyalah menifestasi daripada kepelbagaian pandangan dalam mereka memahami nas-nas yang tidak muktamad. Dalam konteks masa kini, kepelbagaian mazhab fiqh itu tidak pernah menjadi bebanan kepada umat Sunni malahan ia menjadi khazanah ilmu Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang begitu kaya dan tidak ternilai terutamanya dalam mengeluarkan fatwa berkenaan isu-isu semasa sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. 

Hakikatnya banyak lagi yang perlu dipelajari oleh FT tentang perkembangan mazhab Ahli Sunnah. Namun begitu ada baiknya FT membuka mindanya dengan mengkaji sejarah Syiah sendiri yang penuh dengan perpecahan dalam masalah prinsip seperti yang terkandung dalam buku Firaq al-Syiah karangan ulama Syiah terawal al-Nawbakhti. Di situ mungkin FT akan terkejut bahawa Syiah bukan sahaja berselisih dalam masalah fiqh bahkan ada pecahan Syiah yang mengatakan Ali itu adalah tuhan!!!

Berdasarkan kajian cetek FT ini, dia kemudiannya membuat kesimpulan pada halaman 341 supaya penganut Islam meninggalkan Ahli Sunnah dan menggantikannya dengan ajaran sesat Syiah. Tidak dapat dipastikan apakah ini suatu bentuk HASUTAN terhadap pihak yang bertanggungjawab menjunjung dan memelihara agama Islam di negara ini termasuk Raja-Raja Melayu, Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam. Jika ia benar, dipohon supaya tindakan dikenakan kepada penghasut ini. Secara akademik, perbezaan yang berlaku antara mazhab, tidak perlu sehingga membuang mazhab yang lain dan menggantikannya dengan yang baru. Ia seperti perbezaan empat mazhab Sunni yang saling bermaaf-maafan dalam perkara yang diperselisihi dan tidak saling dakwah mendakwah antara satu dengan lain. Tetapi niat Faisal Tehrani jelas, untuk menjatuhkan Sunni dan menggantikannya dengan Syiah! Inilah cita-cita puak Syiah dan buktinya jelas kelihatan di Iran, Iraq, Bahrain, Yaman, Syria, Lubnan, Mesir dan lain-lain. Kesimpulannya, benarlah telahan penulis, Syiah adalah satu ajaran yang hanya akan tertegak di atas keruntuhan Sunni! Pekung Syiah benar-benar terbarai daripada otak pemikiran Mohd Faizal Musa dalam bukunya ini. Semoga pihak berkuasa sedar dan tidak terus tertidur dibuai mimpi…    

Pengguna2 Android Phone boleh download application yang kami bina yang dapat memudahkan anda melayari blog ini secara terus dengan 1 butang. untuk download, sila klik DOWNLOAD atau klik alamat dibawah.

http://www.appsgeyser.com/513691

Copyright @ 2013 Anti Syiah.

Designed by |