Ceramah Tentang Kesesatan Syiah

Next
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENAFIAN : Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen pengunjung blog ini berunsur hasutan, ugutan dan segala jenis komen yang melanggar undang-undang negara. Pengunjung dinasihatkan memberi komen secara beradab

Tuesday, July 30, 2013

Filled Under:

SYIAH: Hadis Ghadir Khum Diselewengkan Dan Dipalsukan Untuk Agama Baru Mereka

Amat penting bagi kita untuk menilai kesahihan hadits sebelum membahas pemaknaannya. Ini adalah kerana pemalsuan hadits tidak hanya terjadi pada sanad (jalur riwayat), akan tetapi matannya. Adakalanya matan isinya benar, namun itu ternyata bukan hadits Nabi s.a.w. Pembahasan ini tentu akan lebih banyak kita dapati ketika kita membahas sebab dan sejarah kewujudan hadits-hadits palsu di dalam Islam.
Hadits Ghadir Khum ini sangat popular di kalangan Syiah sebagai dalil keabsahan Ali r.a sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Seorang ulama Syiah kontemporeri, Abdul Hasan Umainy telah mengarang sebuah kitab berjudul Al Ghadir fil Kitab wa Sunnah wal Adab dalam enam jilid bagi menunjukkan kepentingan hadits tersebut dalam agama berkenaan.
Di Ghadir Khum ini menurut versi Syiah, Nabi s.a.w menyampaikan salah satu risalah wahyu Allah iaitu ayat 67 Surah Al-Maidah. Menurut Syiah, ayat berkenaan turun selepas Nabi s.a.w menuturkan hadits di itu.
Al Majlisi dalam Bihar Anwar juga mengomentari hadits Ghadir di mana ketika itu kaum muslimin berkumpul dan Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya, “Wahai manusia, bukankah aku lebih utama bagi seorang mukmin daripadanya dirinya sendiri? Lalu mereka menjawab, benar. Kemudian Nabi s.a.w melanjutkan dengan hadis Ghadir seperti yang tertera dalam grafik di atas.
Dan menurut mereka, setelah Allah menurunkan wahyu terakhir (Alyauma akmaltu lakum..), maka Rasulullah s.a.w mengatakan, Maha Besar Allah yang telah menyempurnakan agama dan memilih Ali sebagai pemimpin setelahku. (Ghadir… 1/11).
Thibrisy di dalam A’lam Wara halaman 169-170 memberikan asbab wurud (sebab turunnya) hadits ini yang tidak lain dan tidaak bukan adalah imamah Imam Ali selepas Nabi s.a.w, kerana tidak mungkin memberikan makna kenabian, sebaliknya yang lebih tepat adalah Imam walaupun ada sebahagian kalangan Syiah yang menganggap Ali sedarjat dengan Nabi s.a.w.
Dalam konsep Syiah, hadits Ghadir ini menjadi pegangan utama mereka dalam memberikan hak khilafah “wajib” kepada Ali r.a. Ini adalah kerana menurut mereka, sabda baginda itu sangat jelas, bahwa ‘siapa yang menganggap aku sebagai maulah (pemimpinnya-versi Syiah), maka Ali adalah pemimpinnya.’
Kepemimpinan Ali r.a selepas Nabi s.a.w dan keturunannnya, menurut Syiah, tidak boleh diengkari dan menjadi hak utama. Di dalam Abhal Madad Fi Syarah Ulama Baghdad:116 disebutkan wajibnya hak-hak tersebut ditunaikan dan menjadi akidah umat Islam.
Bagaimana pula dengan golongan Sunni dalam memahamkan hadis dan ayat berkenaan?
Haris Suhaimi di dalam Tautsiq Sunnah Baina Syiah wa Ahli Sunnah menyebutkan bahawa pengakuan kedua ayat tersebut tersebut turun di Ghadir sangat bertentangan dengan konteks ayat tersebut secara keseluruhan. Dalam pemahaman ahli tafsir terutama pada ayat 67 Surah Al-Maidah, pengertiannya perlu dilihat pada ayat sebelumnya yang ditujukan untuk mencela ahli kitab dan menjelaskan keingkaran mereka. Al Thabariy mengatakan bahawa ayat ini turun untuk memerintahkan Nabi s.a.w mendakwahi ahli kitab yang disebutkan oleh ayat sebelumnya (Jami’ Al Bayan 6/307 ).
Sedangkan ayat “Al yauma akmaltu lakum…” itu turun di Arafah, ini juga diakui oleh seorang yang dianggap muhaddits dalam kalangan Syiah, Syaikh Kulaini di dalam Ushul Kafi. Demikian juga dikuatkan oleh Thabary yang mengatakan ayat ini turun pada hari Jumat pada hari Arafah, tepatnya ketika haji Wada’. Walaupun demikian, ada beberapa Ahli Tafsir cuba menggabungkan beberapa periwayatan asbab nuzul hadits ini, antaranya Al Alusy di dalam Ruhul Ma’ani.
Bersambung

0 comments:

Post a Comment

Pengguna2 Android Phone boleh download application yang kami bina yang dapat memudahkan anda melayari blog ini secara terus dengan 1 butang. untuk download, sila klik DOWNLOAD atau klik alamat dibawah.

http://www.appsgeyser.com/513691

Copyright @ 2013 Anti Syiah.

Designed by |